LATAR BELAKANG MASJID

 
     
 

Masjid Jamek Baru, Gopeng Perak terletak di Pekan Gopeng Daerah Jajahan Kampar mukim Gopeng / Teja. Masjid ini terletak 30 kilometer dari bandar Ipoh.  Kedudukannya di jalan utama Gopeng-Kampar berdekatan dengan Balai Bomba Gopeng.  Masjid ini dibina pada tahun 1996, di atas keperluan untuk menampung jemaah untuk solat Jumaat yang boleh dikatakan agak ramai bilangannya. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini adalah RM 1,200,000.00. Masjid ini dibina dengan dua kubah dan satu menara.  Menara masjid ini seakan-akan menara condong di Teluk Intan di mana ia mampu menampung  1000 jemaah di dalam satu-satu masa.  Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah seperti ruang makan dan memasak, tempat bahan bacaan, ruang rehat (pondok), bilik pengurusan jenazah, van jenazah, tempat letak kereta, pejabat untuk kegunaan mesyuarat, kawasan riadah, cctv, tandas awam dan water cooler untuk minuman panas dan sejuk.  Masjid ini dirasmikan pembukaannya pada 11 Oktober 2005 oleh Duli Yang Teramat Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.  Baginda ketika itu adalah sebagai Raja Muda Perak.

 
     
 

OBJEKTIF MASJID

 
     
 

1. MEMASTIKAN MASJID DAN SURAU-SURAU BERADA DI DALAM KEADAAN KONDUSIF DAN SELESA.

2. MENJADIKAN ZON AMAN UNTUK BERIBADAH DAN MENGADAKAN AKTIVITI-AKTIVITI PENGIMARAHAN.

3. MENINGKATKAN KUALITI MAJLIS ILMU DAN PENDIDIKAN AL QURAN BAGI GOLONGAN DEWASA DAN ANAK REMAJA.

4. MEMBANGUNKAN SISTEM DAN PROSEDUR KERJA MASJID YANG BETUL MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN OLEH JAIPk DAN MAIPk.

5. MENJALANKAN KOPERASI SYARIAH MASJID BAGI MEMBANTU GOLONGAN YANG MEMERLUKAN.

6. MENINGKATKAN PERANAN DAN POTENSI GENERASI MUDA.

7. MENGOPTIMUMKAN FUNGSI PERPUSTAKAAN MASJID.

 
     
     
    Muka Depan