SEJARAH PENUBUHAN MASJID |
||
Masjid ini dibina adalah untuk menggantikan masjid yang lama, di mana ia adalah untuk menampung bilangan jemaah yang agak meningkat dari semasa ke semasa untuk solat Jumaat dan Hari Raya. Proses pembinaannya tergendala pada tahun 1997 akibat krisis kewangan negara, namun pembinaannya di sambung semula pada tahun 1999. Antara tokoh-tokoh yang menyumbang dan terbabit di dalam pembinaan masjid ini adalah Tuan Haji Ibrahim, Tuan Haji Mat Zin, Tuan Haji Jaafar dan lain-lain. Apa yang menjadi ciri-ciri keunikan masjid ini ialah ia tidak memiliki menara pada awal pembinaannya seperti masjid-masjid yang lain. Kos pembinaannya adalah kira-kira RM1.2 juta yang merangkumi sumbangan dari pihak kerajaan persekutuan berjumlah RM 800 ribu dan RM 400 ribu adalah sumbangan dari sektor swasta, orang perseorangan dan juga kutipan derma. Sekarang masjid ini semakin diimarahkan dengan pertambahan bilangan jemaah yang datang bersolat. Penambahbaikan prasarana dan perlbagai aktiviti seperti kuliah dhuha, kuliah maghrib, kuliah subuh, forum perdana, tadabbur Al Quran, majlis khatam Al Quran, ibadah qurban, penganjuran derma berterusan kepada golongan asnaf dan tidak ketinggalan juga aktiviti-aktiviti bergotong royong. |
||
Muka Depan |